Diriwayatkan oleh Al-Bukhari daripada Abu Hurairah r.a., daripada Nabi s.a.w.,
"Menguap adalah dari syaitan. Maka apabila seseorang dari kalian menguap, tahanlah (dari menguap) dengan sedaya upaya mungkin kerana sesunggguhnya apabila seseorang itu menguap sambil berbunyi" haaa" maka syaitan akan mentertawakannya"
2. Meletakkan tangan di atas mulut untuk menahan menguap:
Kebanyakkan ulama menghukumkan sunat melettakan tangan di mulut ketika menguap, samaada di dalam sembahyang ataupun di luarnya.
Diriwayatkan oleh Muslim daripada Abu Said Al-Khudri r.a., katanya: Telah bersabda Rasullullah s.a.w yang bermaksud:
Apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia melettakan tanganya pada mulutnya, kerana sesungguhnya syaitan itu akan masuk (melalui mulut yang terbuka).
3. Makruh mengangkat suara ketika menguap: Ibnu As.Sunni telah meriwayatkan pula daripada Abdullah bin Az-Zubairr.a., katanya : Telah bersabda Rasullullah s.a.w yang bermaksud: Sesungguhnya Allah azzawajalla membenci mengangkat suara ketika menguap dan bersin.
Sebenarnya aku dpt artikel ini drpada kwn aku yg memberi tazkirah pada pagi jumaat 2 minggu lepas. Jabatan aku ni kena gilir2 beri tazkirah setiap jumaat. akunye turn dah lepas bulan doblas aritu..nt aku bg artikel tazkirah aku plak..mana tah aku letak..hehe

No comments:
Post a Comment